| Tarikh | 21 Jun 2025 |
| Masa | 9.00 pagi – 1.00 petang |
| Lokasi | NADI Taman Bandar Baharu |
TUJUAN
Memberi pendedahan awal kepada komuniti mengenai asas pertolongan cemas seperti CPR, penggunaan AED dan langkah-langkah awal semasa kecemasan, sebagai persediaan menghadapi situasi kritikal dan meningkatkan kesedaran keselamatan awam dalam kalangan masyarakat.
AKTIVITI
Satu inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Bandar Baharu bersama Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Alor Gajah untuk memberi pendedahan asas kepada komuniti mengenai pertolongan cemas, termasuk teknik CPR, penggunaan peranti AED dan simulasi tindakan semasa kecemasan. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran keselamatan awam dan membina komuniti yang lebih bersedia menghadapi situasi kritikal.