Fasa Peralihan Ke Endemik

Maklumat Setempat | 22 March 2022
FASA ENDEMIK
 
 FASA PERALIHAN KE ENDEMIK
Langkah 1 – Fahami tentang COVID-19
Untuk hidup selamat bersama virus COVID-19, kita perlu kenali dan fahami tentang COVID-19.
Virus COVID-19, iaitu SARS-CoV-2:
? Mudah merebak dan mampu menyebabkan kerosakan pelbagai organ terutamanya paru-paru.
?Sering bermutasi menghasilkan varian baru yang mungkin lebih ganas dan mudah merebak.
? Kebarangkalian mutasi adalah tinggi apabila virus ini dapat merebak dengan mudah.
Penyakit COVID-19 berkemungkinan tidak menunjukkan sebarang gejala, tetapi golongan berumur 60 tahun ke atas atau mempunyai komorbid amat berisiko mendapat gejala teruk dan mungkin berakhir dengan kematian.
?Mari kita sama-sama hentikan rantaian penularan COVID-19❗
Sumber Infografik: KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA