mcmc
Uncategorized

Hebahan Portal Kaji Selidik Awam – Kajian Separuh Penggal D4IRN & RTEDM

📢 HEBARAN UNTUK KOMUNITI NADI TAMAN BANDAR BAHARU, MELAKA

MyDIGITAL Corporation, agensi di bawah Kementerian Digital, sedang menjalankan Kajian Separuh Penggal Dasar 4IR Negara (D4IRN) dan Rangka Tindakan Ekonomi Digital Malaysia (RTEDM) 2021–2030. Kajian ini penting untuk merancang hala tuju negara menuju Fasa 3 (2026–2030) dalam era intelligence age.

📌 Tujuan Kajian:

  • Mendapatkan pandangan & cadangan rakyat mengenai pendigitalan negara
  • Mengenal pasti tahap kesiapsiagaan masyarakat terhadap teknologi baharu
  • Memastikan dasar yang dirangka inklusif dan memenuhi keperluan semua pihak

Siapa boleh sertai?
Semua rakyat Malaysia – termasuk warga sekitar NADI Taman Bandar Baharu!
Masa diambil: Kurang 10 minit sahaja.

📍 Isi kaji selidik di sini:
👉 https://survey.rakyatdigital.gov.my/

💬 Jom kita sama-sama berkongsi pandangan supaya suara komuniti kita didengari dan memberi kesan kepada masa depan digital negara.