mcmc
Laporan Aktiviti

LAPORAN AKTIVITI BULAN JULAI 2025 – KIS: FAKE NEWS

Tarikh19 Julai 2025
Masa10.00 pagi – 11.00 pagi
LokasiNADI Taman Bandar Baharu

TUJUAN
Memberi pendedahan awal kepada kanak-kanak berusia 7 hingga 12 tahun mengenai keselamatan internet, termasuk cara mengenal pasti berita palsu (fake news), amalan penggunaan internet yang selamat, dan langkah-langkah mengelakkan risiko dalam talian. Program ini bertujuan membentuk pengguna internet muda yang bijak, beretika, dan mampu membuat keputusan tepat semasa berhadapan dengan maklumat digital.

AKTIVITI
Satu inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Bandar Baharu bersama pihak berkaitan untuk memberikan pendedahan interaktif kepada kanak-kanak mengenai keselamatan internet. Aktiviti merangkumi permainan pendidikan, tayangan video, dan latihan mengenal pasti berita palsu, serta panduan amalan bijak dalam penggunaan media sosial dan platform digital. Program ini diadakan bagi memupuk kesedaran awal dan kemahiran literasi digital dalam kalangan generasi muda.