| Tarikh | 18 Ogos 2025 |
| Masa | 9.00 pagi – 2.00 petang |
| Lokasi | NADI Taman Bandar Baharu |
TUJUAN
Memberi peluang kepada komuniti khususnya golongan belia untuk menyertai pertandingan e-sukan secara sihat melalui permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB). Program ini bertujuan memupuk semangat berpasukan, meningkatkan kemahiran strategi, serta menggalakkan penggunaan masa lapang ke arah aktiviti yang bermanfaat. Selain itu, program ini menjadi medium untuk mendekatkan belia dengan NADI sebagai pusat rujukan komuniti digital.
AKTIVITI
Satu inisiatif Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Taman Bandar Baharu dengan kerjasama komuniti setempat dalam menganjurkan Pertandingan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) Peringkat NADI. Aktiviti merangkumi perlawanan secara berkumpulan, taklimat ringkas mengenai etika e-sukan, serta sesi interaksi belia dengan pihak NADI. Pertandingan ini diadakan bagi membina semangat persaingan sihat, melahirkan bakat baharu dalam bidang e-sukan, dan pada masa yang sama memperkukuh hubungan antara komuniti dan pusat NADI.